Thursday, November 5, 2009

KEUNIKAN KENINGAU FM

7 Feb 2009 Stesen radio Keningau FM, yang mula beroperasi secara rasmi pada 1 Jan lepas, mencatatkan sejarah tersendiri apabila siarannya dalam pelbagai bahasa kini boleh ditonton dan didengari masyarakat di seluruh pelusuk dunia.
Ekoran cetusan idea daripada Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mahu melihat siaran radio Keningau FM diperluaskan ke merata tempat termasuk di luar negara.
RTM Sabah mengambil tindakan yang proaktif dengan memasukkan siaran Keningau FM melalui “audio-video streaming” secara langsung ke dalam internet.
Ini merupakan satu sejarah bagi RTM Sabah, kerana siaran Keningau FM bukan sahaja boleh didengari tetapi pada masa yang sama, boleh ditonton di seluruh dunia.
penduduk keningau harus berterima kasih kepada Menteri Penerangan yang begitu komited untuk membantu menonjolkan keunikan budaya dan bahasa termasuk suku kaum Murut dan Dusun di kawasan pedalaman Sabah termasuk kawasan Pensiangan melalui siaran Keningau FM. orang ramai boleh mengikuti siaran Keningau FM melalui internet dengan menaip www.rtmsabah.gov.my dan mengklik ikon Keningau FM.

Wednesday, November 4, 2009

GREG KENINGAU 1996
Greg berupa badai tropis disertai hujan yang melanda bahagian sabah, berlaku pada 26 DESEMBER 1996 dan merupakan musibah terbesar yang berlaku di Asia. Bencana tersebut mengorbankan banyak nyawa kebanyakannya adalah warga asing.
Menurut beberapa pihak Greg ini terjadi akibat banjir bandang yang berkekuatan besar dari arah perbukitan Banjaran Croker yang kemudiannya menyatuh di anak sungai Pampang. Banjir yang secara mengejut itu tidak memberi kesempatan kepada warga sekitar untuk menyelamatkan diri sehingga banyak korban yang tidak dapat diselamatkan.
Perkdimatan kaji cuaca Malaysia menyifatkan Badai yang berkekuatan 35 Knot atau 70 Kilometer per jam di
sabah ini sebagai Badai(angin rebut) yang terburuk pernah melanda Malaysia selama 51 Tahun ini. Angka korban mendekati 200 orang, dianggarkan 97 orang adalah warga Indonesia asal Tanatoraja dan orang Bugis. Bencana ini mencatatkan kerugian sebanyak 21 juti Ringgit dan sekitar lima ribu kehilangan tempat tinggal.

Sunday, October 25, 2009

REVOLUSI PERTANIAN DI KENINGAU
Jika dahulu pertanian di kawasan pendalaman ini masih menggunakan kaedah tradisional namun seiring dengan perubahan semasa kini petani di daerah ini tidak perlu lagi bermamah terik mentari, dan berhempas pulas membanting padi di musim menuai, ini kerana dengan wujudnya jentera-jentera moden yang kerajaan perkenalkan seperti combain dan mesin padi sekaligus benar-benar membantu golongan petani yang setiap tahun mengusahakan pertanian dan menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan keluarga mereka.







Mengimbas kenangan lalu penulis masih terbayang-bayang payah jerih sebagai seorang petani yang masih menggunakan kaedah tradisional. Bangun sekitar jam 5.30 pagi bersiap ke sawa, kerana serik dengan bahang matahari sekitar jam12 tengah hari maka kalau boleh kerja hendaklah dilakukan seawalnya mungkin. Menanam padi memerlukan tenaga yang banyak, dalam keadaan badan yang membengkok dan menekan ulas padi yang diukur kuantitinya ke dalam lumpur pasti memeritkan dan malamnya pasti terasa kesannya di bahagian pinggang. Apabila musim menuai situasi yang dialami hampir sama payahnya terutamanya ketika membanting ataupun menghempas padi, si penghempas hendaklah mengayun dengan kuat untuk meleraikan biji padi sekaligus dapat dikumpul.








Namun apabila kerajaan membawa masuk kemudahan moden seperti jentera penanaman dan jentera penuaian petani ternyata tersenyum dan menyambut baik cadangan itu dengan azam pendapatan tahunan mereka akan meningkat sekaligus dapat menyumbang kepada ekonomi Negara. Apabila melihat geografi di daerah keningau yang sesuai dan keadaan muka bumi yang rata serta banyaknya sungai untuk sumber saliran ke sawa, maka tidak mustahil andai pertanian ini diusahakan dengan bersungguh oleh penduduk di daerah ini akan menyumbang kepada sara diri dan menjana pendapatan kepada petani di daerah ini sedikit masa kelak. Kerajaan suda pun menjadikan daerah ini sebagai pusat pertanian dan menyediakan kemudahan-kemudahan serta intensif kepada petani seperti racun perosak, baja, baka padi yang diimport serta subsidi. Daerah ini juga sedang menuji kepada HUB EKONOMI kepada negeri sabah.

Monday, October 19, 2009

KAMPUNG BAYANGAN KENINGAU


Mendapat anugera khas dalam pertandingan Anugera Desa Gemilang Peringkat Kebangsaan 2008, dan berjaya mengalakan kampung Renok Baru, Gua Musang, Kampung Parit Tengah Seri Merlong Batu Pahat Johor, dan Kampung Sungai Haji Muhammad Bagan Datoh Perak. Kemenangan tersebut sekaligus meletakkan kampung Bayangan sabah ini di peta malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan di malaysia. Di kampung ini juga boleh dijadikan sebagai kampung tumpangan ataupun rumah tumpang((homestay) bagi pelancong luar maupun pelancong domestik.
....
Asal-usul Kampung Bayangan
Mendapat nama sempena sebatang sungai kecil yang mengalir di kampung ini. Menurut cerita orang tua-tua, sebatang sungai yang mengalir di kampung ini begitu jernih sehingga mampu melihat ''Sangai''nya (sangai dalam perkataan bahasa Dusun bermaksud ''bayang'' dalam bahasa melayu). Berikut dengan fenomena ini sungai ini dinamai ''sangai-sangai' bermaksud ''bayang-bayang''. Oleh itu nama kampung ini diambil sempena perkataan ''bayang-bayang''dan disingkatkan menjadi Bayangan. Sehingga sekarang sungai ini juga berfungsi sebagai salah satu sumber bekalan dan saliran air ke sawa. Mejoriti penduduk di sini adalah berbangsa dusun dan 100% beragama Islam.

Sunday, October 18, 2009

KENINGAU DESTINASI PELANCONGAN YANG STRATIGEK
Jika anda berkunjung di keningau, tidak sah agaknya andai anda tidak mengunjungi tempat-tempat yang menarik di daerah ini. Antara destinasi pelancongan yang popular di daerah ini ialah Lagud Seberang tenom,Bunsit dan banyak lagi. Apata lagi andai anda berkunjung ke daerah ini di musim perayaan seperti Kamaatan dan Kalimaran yang dirayakan oleh suku kaum Dusun dan Murut. Mejoriti penduduk keningau adalah daripada suku kaum dusun, murut dan segelintir masyarakat dari suku kaum bajau. Oleh itu apabila musim-musim perayaan anda akan disajikan dengan tarian sumazau, ratu cantik(unduk ngadau) serta sukaneka yang disertai oleh setiap lapisan masyarakat. Di keningau juga mempunyai cabang sungai yang banyak serta menarik, airnya yang bersih serta kehidupan di dalamnya terpelihara(Ditagal) oleh pihak berkuasa akan membuat anda selesa mandi manda bersama keluarga tersayang.











Apabila anda menuju ke Bandar keningau awas! Kerana lembu akan dilihat berkeliaran dan tanpa segan silu dia akan melintas di jalan raya walaupun anda berlesin...

Wednesday, October 14, 2009

Keningau Kaya Dengan Kazana alam


Apabila anda berkunjung ke keningau, pastinya anda akan terpaku dengan pemandangan yang amat mempersonakan. Anda pasti tidak akan melupakan pemandangan sekitar jalan dari kimanis menuju ke keningau ataupun dari Kota Kinabalu, Tambunan menuju ke Keningau. Di sepanjang perjalanan itu anda pasti akan singah sebentar untuk membeli cenderahati, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan Daerah ini maupun makanan popular penduduk di sini serta ulam-ulam yang sangat enak yang pasti bagi orang luar ia adalah sesuatu yang baru bagi mereka. Bagi penggemar bunga-bungaan jangan lepaskan peluang untuk melihat aneka bunga orkid yang seperti sedia maklum Sabah adalah antara negara yang mempunyai orkid tercantik di dunia, di samping itu periuk kera juga banyak terdapat di sini.

SEJARAH ASAL-USUL KENINGAU:

Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yamg banyak ditumbuhi dengan Kayu Manis iaitu sejenis rempah untuk memesak. Dalam bahasa kaum Murut, mereka memanggilnya kayu keningau. kedatangan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit Kayu Keningau menjadi sala satu bahan eksport mereka, secara tidak langsung kawasan pendalaman menjadi pengeluar kulit Kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau sehingga mewujudkan sebuah bandar yang paling maju dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pendalaman Sabah.














contoh kayu Manis, biasanya waktu dahulu pokok kayu Manis ini tumbuh meliar di hutan namun apabila ada inisiatif yang diambil oleh kerajaan maka penduduk digalakkan menanamnya di kebun ataupun sekitar halaman rumah.

Pengenalan:







Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pendalaman Sabah,Malaysia dan terbesar di bahagian pendalaman. Daerah keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari ibu Negeri Kota Kinabalu melalui Tambunan atau melalui Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 Kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkdimatan pengangkutan udara di bandar keningau. Bagaimanapun lapangan terbang keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.