Monday, October 19, 2009

KAMPUNG BAYANGAN KENINGAU


Mendapat anugera khas dalam pertandingan Anugera Desa Gemilang Peringkat Kebangsaan 2008, dan berjaya mengalakan kampung Renok Baru, Gua Musang, Kampung Parit Tengah Seri Merlong Batu Pahat Johor, dan Kampung Sungai Haji Muhammad Bagan Datoh Perak. Kemenangan tersebut sekaligus meletakkan kampung Bayangan sabah ini di peta malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan di malaysia. Di kampung ini juga boleh dijadikan sebagai kampung tumpangan ataupun rumah tumpang((homestay) bagi pelancong luar maupun pelancong domestik.
....
Asal-usul Kampung Bayangan
Mendapat nama sempena sebatang sungai kecil yang mengalir di kampung ini. Menurut cerita orang tua-tua, sebatang sungai yang mengalir di kampung ini begitu jernih sehingga mampu melihat ''Sangai''nya (sangai dalam perkataan bahasa Dusun bermaksud ''bayang'' dalam bahasa melayu). Berikut dengan fenomena ini sungai ini dinamai ''sangai-sangai' bermaksud ''bayang-bayang''. Oleh itu nama kampung ini diambil sempena perkataan ''bayang-bayang''dan disingkatkan menjadi Bayangan. Sehingga sekarang sungai ini juga berfungsi sebagai salah satu sumber bekalan dan saliran air ke sawa. Mejoriti penduduk di sini adalah berbangsa dusun dan 100% beragama Islam.

No comments:

Post a Comment