Sunday, October 25, 2009

REVOLUSI PERTANIAN DI KENINGAU
Jika dahulu pertanian di kawasan pendalaman ini masih menggunakan kaedah tradisional namun seiring dengan perubahan semasa kini petani di daerah ini tidak perlu lagi bermamah terik mentari, dan berhempas pulas membanting padi di musim menuai, ini kerana dengan wujudnya jentera-jentera moden yang kerajaan perkenalkan seperti combain dan mesin padi sekaligus benar-benar membantu golongan petani yang setiap tahun mengusahakan pertanian dan menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan keluarga mereka.







Mengimbas kenangan lalu penulis masih terbayang-bayang payah jerih sebagai seorang petani yang masih menggunakan kaedah tradisional. Bangun sekitar jam 5.30 pagi bersiap ke sawa, kerana serik dengan bahang matahari sekitar jam12 tengah hari maka kalau boleh kerja hendaklah dilakukan seawalnya mungkin. Menanam padi memerlukan tenaga yang banyak, dalam keadaan badan yang membengkok dan menekan ulas padi yang diukur kuantitinya ke dalam lumpur pasti memeritkan dan malamnya pasti terasa kesannya di bahagian pinggang. Apabila musim menuai situasi yang dialami hampir sama payahnya terutamanya ketika membanting ataupun menghempas padi, si penghempas hendaklah mengayun dengan kuat untuk meleraikan biji padi sekaligus dapat dikumpul.








Namun apabila kerajaan membawa masuk kemudahan moden seperti jentera penanaman dan jentera penuaian petani ternyata tersenyum dan menyambut baik cadangan itu dengan azam pendapatan tahunan mereka akan meningkat sekaligus dapat menyumbang kepada ekonomi Negara. Apabila melihat geografi di daerah keningau yang sesuai dan keadaan muka bumi yang rata serta banyaknya sungai untuk sumber saliran ke sawa, maka tidak mustahil andai pertanian ini diusahakan dengan bersungguh oleh penduduk di daerah ini akan menyumbang kepada sara diri dan menjana pendapatan kepada petani di daerah ini sedikit masa kelak. Kerajaan suda pun menjadikan daerah ini sebagai pusat pertanian dan menyediakan kemudahan-kemudahan serta intensif kepada petani seperti racun perosak, baja, baka padi yang diimport serta subsidi. Daerah ini juga sedang menuji kepada HUB EKONOMI kepada negeri sabah.

No comments:

Post a Comment