Thursday, November 5, 2009

KEUNIKAN KENINGAU FM

7 Feb 2009 Stesen radio Keningau FM, yang mula beroperasi secara rasmi pada 1 Jan lepas, mencatatkan sejarah tersendiri apabila siarannya dalam pelbagai bahasa kini boleh ditonton dan didengari masyarakat di seluruh pelusuk dunia.
Ekoran cetusan idea daripada Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mahu melihat siaran radio Keningau FM diperluaskan ke merata tempat termasuk di luar negara.
RTM Sabah mengambil tindakan yang proaktif dengan memasukkan siaran Keningau FM melalui “audio-video streaming” secara langsung ke dalam internet.
Ini merupakan satu sejarah bagi RTM Sabah, kerana siaran Keningau FM bukan sahaja boleh didengari tetapi pada masa yang sama, boleh ditonton di seluruh dunia.
penduduk keningau harus berterima kasih kepada Menteri Penerangan yang begitu komited untuk membantu menonjolkan keunikan budaya dan bahasa termasuk suku kaum Murut dan Dusun di kawasan pedalaman Sabah termasuk kawasan Pensiangan melalui siaran Keningau FM. orang ramai boleh mengikuti siaran Keningau FM melalui internet dengan menaip www.rtmsabah.gov.my dan mengklik ikon Keningau FM.

Wednesday, November 4, 2009

GREG KENINGAU 1996
Greg berupa badai tropis disertai hujan yang melanda bahagian sabah, berlaku pada 26 DESEMBER 1996 dan merupakan musibah terbesar yang berlaku di Asia. Bencana tersebut mengorbankan banyak nyawa kebanyakannya adalah warga asing.
Menurut beberapa pihak Greg ini terjadi akibat banjir bandang yang berkekuatan besar dari arah perbukitan Banjaran Croker yang kemudiannya menyatuh di anak sungai Pampang. Banjir yang secara mengejut itu tidak memberi kesempatan kepada warga sekitar untuk menyelamatkan diri sehingga banyak korban yang tidak dapat diselamatkan.
Perkdimatan kaji cuaca Malaysia menyifatkan Badai yang berkekuatan 35 Knot atau 70 Kilometer per jam di
sabah ini sebagai Badai(angin rebut) yang terburuk pernah melanda Malaysia selama 51 Tahun ini. Angka korban mendekati 200 orang, dianggarkan 97 orang adalah warga Indonesia asal Tanatoraja dan orang Bugis. Bencana ini mencatatkan kerugian sebanyak 21 juti Ringgit dan sekitar lima ribu kehilangan tempat tinggal.