Thursday, November 5, 2009

KEUNIKAN KENINGAU FM

7 Feb 2009 Stesen radio Keningau FM, yang mula beroperasi secara rasmi pada 1 Jan lepas, mencatatkan sejarah tersendiri apabila siarannya dalam pelbagai bahasa kini boleh ditonton dan didengari masyarakat di seluruh pelusuk dunia.
Ekoran cetusan idea daripada Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mahu melihat siaran radio Keningau FM diperluaskan ke merata tempat termasuk di luar negara.
RTM Sabah mengambil tindakan yang proaktif dengan memasukkan siaran Keningau FM melalui “audio-video streaming” secara langsung ke dalam internet.
Ini merupakan satu sejarah bagi RTM Sabah, kerana siaran Keningau FM bukan sahaja boleh didengari tetapi pada masa yang sama, boleh ditonton di seluruh dunia.
penduduk keningau harus berterima kasih kepada Menteri Penerangan yang begitu komited untuk membantu menonjolkan keunikan budaya dan bahasa termasuk suku kaum Murut dan Dusun di kawasan pedalaman Sabah termasuk kawasan Pensiangan melalui siaran Keningau FM. orang ramai boleh mengikuti siaran Keningau FM melalui internet dengan menaip www.rtmsabah.gov.my dan mengklik ikon Keningau FM.

No comments:

Post a Comment